Thursday, 17 July 2014

Peugeot 208....a disgrace on our religion?

Assalamualaikum,

Sekarang ni semua orang "busy" menyebarkan maklumat mengenai kejadian Peugeot 208. Semua yang berkaitan dengan kejadian itu didedahkan secara meluas.

Kebaikan?
1. Mengingatkan orang lain supaya berbudi bahasa.
2. Ada lagi ke?

Keburukan :
1. Menyebarkan aib orang lain,

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.

Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. 
copied from :bubblynotes.com

2. Uncle tu terang-terang dah cakap yang dia memaafkan perempuan tersebut. Dosa perempuan tu cuma dengan uncle tu je. itu dah "settle" bila uncle tu maafkan.
     Sekarang ni, dosa kita yang menyebarkan tu dengan siapa? Dengan perempuan tu kan! 
           a) Adakah kita diberikan kesempatan untuk meminta maaf dari dia?
           b) Adakah jika berkesempatan, dia akan memaafkan dosa kita pada dia?

      Jadi sekarang ni, siapa yang untung dan siapa yang rugi.

3. Kita bercakap berdentum-dentum. 
         "Peribadi tak macam orang Islam langsung!"
         "Ish, Islam kan suruh kita beradab dengan orang tua!"
         "Buat malu nama Islam je!"
         "Pakai tudung, tapi perangai....."

        Maaf kalau terlampau berterus terang, Islam bukan hanya mengajar kita bercakap sopan dengan orang tua. Bukan itu sahaja yang menjadi ajaran agama Islam. Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menyebarkan keburukan orang lain? Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menjadi keyboard warrior?
Adakah peribadi kita cukup Islam dengan memalukan orang lain?

4. Teguran dalam Islam.
         Kita diajar untuk menegur dengan cara yang baik. Menegur jangan sampai menghina. Menegur bukan secara terang-terangan di hadapan orang lain. Menegur biar hanya pada yang bersalah. Perlu diingatkan bahawa kita bukan ketam, sampai nak menyuruh anak jalan lurus. Bukan nak cakap yang kalau perangai kita tak baik, buat apa tegur orang. Bukan! Bukan! Bukan itu maksudnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)

          Kewajipan pada kita untuk menegur apa yang tak betul. Cegah dengan cara yang diajar, guna tangan kalau boleh (bukan dengan tekan butang rakam kat telefon), guna mulut kalau boleh (bukan dengan mengumpat kesalahan orang), dengan hati kalau tak boleh sangat (bukan dengan menyimpan perasaan marah).
           a) Tangan : cegah semasa kejadian berlaku, tenangkan keadaan,leraikan.
           b) Mulut : nasihat seperti yang diajar oleh Islam, gunakan cara berhemah
           c) Hati : doakan kebaikan bagi orang yang terlibat, doa supaya dihindar dari sifat keji.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)

5. Don't make matters worse!
            If you really can't do anything to correct a person mistake, don't add fuel to the fire!

Mungkin niat kita baik, tapi cara yang kita gunakan salah. Ingat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA kita. 
            Apa pandangan orang bukan Islam pada kita selepas ini? Orang Islam tidak beradab? Mungkin. Tapi yang pastinya tidak berakhir di situ selepas disebarkan meluas.

Akhir sekali, jika ada yang tersilap dalam coretan ini, harap maaf. Tiada niat nak membela perempuan tu. Tak kenal pun dia. Yang pastinya, nak mengelakkan dari nama Islam semakin tercalar. Kalau cara saya salah, sila komen kat bawah.

2 comments: