Thursday, 17 July 2014

Peugeot 208....a disgrace on our religion?

Assalamualaikum,

Sekarang ni semua orang "busy" menyebarkan maklumat mengenai kejadian Peugeot 208. Semua yang berkaitan dengan kejadian itu didedahkan secara meluas.

Kebaikan?
1. Mengingatkan orang lain supaya berbudi bahasa.
2. Ada lagi ke?

Keburukan :
1. Menyebarkan aib orang lain,

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.

Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. 
copied from :bubblynotes.com

2. Uncle tu terang-terang dah cakap yang dia memaafkan perempuan tersebut. Dosa perempuan tu cuma dengan uncle tu je. itu dah "settle" bila uncle tu maafkan.
     Sekarang ni, dosa kita yang menyebarkan tu dengan siapa? Dengan perempuan tu kan! 
           a) Adakah kita diberikan kesempatan untuk meminta maaf dari dia?
           b) Adakah jika berkesempatan, dia akan memaafkan dosa kita pada dia?

      Jadi sekarang ni, siapa yang untung dan siapa yang rugi.

3. Kita bercakap berdentum-dentum. 
         "Peribadi tak macam orang Islam langsung!"
         "Ish, Islam kan suruh kita beradab dengan orang tua!"
         "Buat malu nama Islam je!"
         "Pakai tudung, tapi perangai....."

        Maaf kalau terlampau berterus terang, Islam bukan hanya mengajar kita bercakap sopan dengan orang tua. Bukan itu sahaja yang menjadi ajaran agama Islam. Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menyebarkan keburukan orang lain? Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menjadi keyboard warrior?
Adakah peribadi kita cukup Islam dengan memalukan orang lain?

4. Teguran dalam Islam.
         Kita diajar untuk menegur dengan cara yang baik. Menegur jangan sampai menghina. Menegur bukan secara terang-terangan di hadapan orang lain. Menegur biar hanya pada yang bersalah. Perlu diingatkan bahawa kita bukan ketam, sampai nak menyuruh anak jalan lurus. Bukan nak cakap yang kalau perangai kita tak baik, buat apa tegur orang. Bukan! Bukan! Bukan itu maksudnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)

          Kewajipan pada kita untuk menegur apa yang tak betul. Cegah dengan cara yang diajar, guna tangan kalau boleh (bukan dengan tekan butang rakam kat telefon), guna mulut kalau boleh (bukan dengan mengumpat kesalahan orang), dengan hati kalau tak boleh sangat (bukan dengan menyimpan perasaan marah).
           a) Tangan : cegah semasa kejadian berlaku, tenangkan keadaan,leraikan.
           b) Mulut : nasihat seperti yang diajar oleh Islam, gunakan cara berhemah
           c) Hati : doakan kebaikan bagi orang yang terlibat, doa supaya dihindar dari sifat keji.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)

5. Don't make matters worse!
            If you really can't do anything to correct a person mistake, don't add fuel to the fire!

Mungkin niat kita baik, tapi cara yang kita gunakan salah. Ingat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA kita. 
            Apa pandangan orang bukan Islam pada kita selepas ini? Orang Islam tidak beradab? Mungkin. Tapi yang pastinya tidak berakhir di situ selepas disebarkan meluas.

Akhir sekali, jika ada yang tersilap dalam coretan ini, harap maaf. Tiada niat nak membela perempuan tu. Tak kenal pun dia. Yang pastinya, nak mengelakkan dari nama Islam semakin tercalar. Kalau cara saya salah, sila komen kat bawah.

Tuesday, 15 July 2014

Kejadian di hospital putrajaya....berhati2 semua.

Syukur alhamdulillah.. allah menyelamatkan sy dr jadi mangsa cabul ustaz celop..
Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.

Ustaz : sy ustaz din dari darul shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang sy boleh betulkan, ada air apa2 sy boleh bacakan dan sy boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yg soleh.

Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)

Ustaz: baring sekarang dan buka kain, sy nak urut perut

Sy: ha?? Terus baring tapi was2.. dan bangun balik, "maaf ustaz sy segan lelaki tengok perut sy"

Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, sy ustaz jgn risau, sy boleh baca2kan..(kepala sekejap2 toleh ke pintu masuk ward mcm takut org masuk)

Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka2 hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dr mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dgn was2.

Ustaz: kaki awk bengkak ni

Sy: eh eh.. suka2 engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi)
"Sy tak nak" kalau sy nak buka kain sy biar suami sy ada sebelah sy" kalau ustaz nak urut tggu suami sy ada sekali.

Ustaz: kalau macam tu ambil no fon sy dan minta no fon awk

Sy: sy tulis no fon suami

Ustaz: kepala toleh2 ke pintu masuk mcm ada yg tak kena dan tangan sekejap2 sapu anu dia.

Sy: sah dia ni tak betul.... suka2 hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dlm meadaan terkejut.

Nurse nak masuk dia terus keluar.

Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yg urut2 perut ppuan peknen ni? Sah!!!!!! Nurse dan doctor kata takde, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah sajaha bukan uztaz. Dan satu org pun tak kenal siapa ustaz yg menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk sy buat pengecaman.

Ya allah... nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak2 apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.

Kepada semua ibu2 mengandung atau wanita2 yg berada di ward dan hospital, sila berhati2. Jangan cepat percaya dgn orang yg anda tak kenal.

Allah menyelamatkan sy hari ini.
Jangan jadikan diri anda mangsa cabul.

Sila share info ini.

Madu, ubat segala penyakit.

MADU itu ubat segala penyakit..hehhee :-

1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan

2- Ada teman bersembang di petang2 hari

3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami

4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.

5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain b
oleh mai backup.

6- Ada teman main playsatition 3.

7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.

8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.

9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.

10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu. Sesama bagi penerajang jet.

11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut ja

ekekekekkee