Monday, 26 May 2014

Thomas and friend....Piala Thomas 2014

Assalamualaikum.
Perlawanan yang menarik malam tadi untuk pusingan akhir Piala Thomas. Pencapaian yang boleh dibanggakan bagi pasukan negar kita. Keputusan 3-2 dan perlawanan yang sengit memang memberikan kepuasan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Moga lebih sukses di masa hadapan. Dato LCW memang terbaik!!!

Perkhemahan : Merentas Halangan

Assalamualaikum.
Entri ketiga berkaitan perkhemahan. Selepas merentas hutan, makan tengahari dan solat zohor. Murid SKBK dikumpulkan untuk aktiviti yang menarik sekali lagi.

Penerangan aktiviti oleh ketua aktiviti, Cikgu Hasbi.

Menyusun dan mengundi kumpulan. Murid dikawal oleh Kem Komandan, Cikgu Afifuddin.
Halangan 1 : Meredah terowong berlumpur.....habis la kasut...

Halangan 2 : Merangkak kawat berduri...habis la baju....



Halangan 3 : Tunjuk cara oleh Cikgu Hasbi.

Terus sampai ke hujung untuk markah lebih tinggi.

Halangan 3 : bukan saiz badan yang menentukan kejayaan.

Halangan 3 : Bukan jantina yang menentukan kejayaan.

Halangan 3 : Kecil bukan halangan untuk kejayaan.

Halangan 4 : Kasut dah selesai...baju dah selesai....muka pula diwarnakan dengan tepung....

Halangan 4 : Selesai sesi "make-up"

Halangan 5 : Merentas sungai....gayut di tali....tapi....

Halangan 5 : Tali dipegang dan ditarik oleh rakan sekumpulan...

Perkhemahan : Jungle Tracking.

Assalamualaikum.
Entri kedua berkenaan perkhemahan 2014 SKBK. Merentas Hutan adalah aktiviti yang sangat mencabar dan menyeronokkan. Terutama bila dapat bergambar di dalam hutan. 

Mendengar penerangan sebelum bergerak merentas hutan.

Berbaris kerana perlu bergerak dalam satu baris.

Murid perempuan merentas sungai terlebih dahulu. Ladies first.

Murid lelaki merentas sungai.

Merentas sungai lagi.

Guru turut mengikut aktiviti bagi memberi keyakinan dan semangat kepada murid.

Posing for camera. Say cheese!!

Berbaris menunggu giliran memanjat cerun curam. Dibantu oleh guru-guru.

Guru-guru menghulurkan bantuan kepada murid perempuan.

Bergambar lagi...malu-malu sangat bebudak ni...

Bergambar itu memang kewajipan dalam perkhemahan.....

Bergambar lagi....sementara menunggu orang di depan meneruskan perjalanan.

Selfie itu penting.....kalau tidak...tuan punya kamera xde gambar sendiri...

Curamnya perjalanan turun...patut la lambat nak gerak tadi...

Curam pun curam lah....janji bergambar...

"Fokus la dekat sikit" katanya.

"Nak jugak, nak jugak!"

Fokus pada buah....gambar tumbuhan pun best jugak nak snap...

Titian usang...

Titian perjalanan...



Dah sampai kem? Kita mandi pula.....

Aksi yang tidak sesuai dibuat di perkhemahan. Harap jangan ditiru.

Aksi yang sangat tidak sesuai untuk ditiru.

Banner. Ehh...bukan Bruce Banner la....yang itu HULK....ini kain rentang perkhemahan.

Solat di atas rumput. Step paling penting? pastikan tiada sebarang najis di tempat yang dipilih.

Perkhemahan : Ikhtiar Hidup

Assalamualaikum...
Bertemu lagi di entri minggu ini. 
Pada 23 hb Mei hingga 25 hb Mei 2014, SK Batang Kali telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di D'Tepian Resort, Ulu Yam, Selangor.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perkhemahan berlangsung. Aktiviti Ikhtiar Hidup telah dijalankan pada pagi 24hb Mei dan dikendalikan oleh guru-guru SKBK. Berikut ialah gambar semasa aktiviti berlangsung.....

Kumpulan Cikgu Zuhaimi menghidupkan api untuk memasak.

Selepas api dihidupkan, Cikgu Zuhaimi masih lagi memberi arahan bagi memastikan masakan dapat dihasilkan dengan baik.

GPK HEM,Puan Siti Zanariah turut memberi tunjuk ajar kepada kumpulan murid.

Dua gadis yang memotong tomato dan timun.....berapa lama la baru nak siap!!

Nurin mengadun tepung untuk menjadikan doh.

Murid lelaki memasak. Memang boleh diharap kumpulan ini. Kerjasama yang baik.


Selepas siap memasak....kita makan dulu.....ehhh...tunggu kawan dulu ye.

Semua dah sampai? Kita makan dulu!!!

Wednesday, 21 May 2014

Yusuf Estes : Journey into Islam

Another convert story that is good to listen to........

Monday, 19 May 2014

Best Convert Story for me......


"For those who ask for the sign, have We not shown you enough already? Look around you, look at the stars, look at the sun, look at water. These are the signs for the people of knowledge."

Training myself to lose

The picture speak a thousand words!!
No...i'm just joking though...the picture doesn't speak at all.
But....look at the word there....scary isn't it.
Malaysia really is a paradise for food lovers. We host thousands different foods since we are a multiracial country. Even for the Malay ethnics, different regions boast different food with popularity so high. The Kelantanese with their Nasi Kerabu, Mee Bandung from Muar, Daging Salai from Nogori Sombilan. And various other popular and sought after foods.

This is an assets for Malaysia. A product of tourist attractions, known throughout the world.
But, as the saying goes. There is good in every bad thing. And vice versa.
The food have become a liability, when we, doesn't know when to stop eating.

Practice a good eating habit, as instructed by our Prophet Muhammad.
Eat when hungry, Stop before full.

Friday, 9 May 2014

Quiche : Mushroom and Sausages

Assalamualaikum...
Jom memasak quiche....apa itu quiche? Entahlah...resipi dari kawan...so buat je la...
1st step : Buat Doh
Campur 250g tepung, 125 g butter, garam dan air 
Mula2 masukkan butter dan tepung, gaul sampai jadi crumble....lepas tu baru masukkan air dan garam sampai jadi doh.....
Dah siap? simpan dalam peti ais selama 1 jam...boleh la buat inti sementara tunggu 1 jam tu....

Potong semua ni slow...ada 1 jam kan...nak buat apa cepat-cepat sangat...tak gitu cik ieda?

Step 2 :  Inti
Bahan: Sosej (potong nipis), Cendawan butang (potong nipis), bawang putih, bawang merah, susu(tak kisah susu apa nak pakai), black pepper
Tumis bawang dulu sampai naik bau, campur black pepper sekali supaya wangi lagi......lepas tu campak je semua yang lain tu ke dalam...nak lagi sedap baling mix herb sekali ke dalam.
Lepastu goreng sampai pekat.

Step 3 : Baking
Ehhhhh...kenapa tetiba gambar macam ni?
Hahaha jangan marah ye....ni cara orang malas buat kije....canai pun tak lawa....
Langkah kerja...
1. Keluarkan doh dari fridge
2. Canai ke dalam loyang....ikut la saiz mana yang sesuai..9 inci best la
3. Bakar selama 15 minit suhu 170 C
Lepas siap...keluarkan dan tuang inti tadi ke dalam ....Lepas tu susun keju....saya pakai pizza topping...lepastu ada pulak balance keju cheddar ni...letak je la sekali...

Step 4 : Creme Royale
Bahan : 3 biji telur A, susu cair, garam
Campur dan kacau sebati...saya tabur black pepper lagi..sesuka hati.....
Lepas dah siap kacau....kita tuang je ke dalam tu...dia akan meresap ke celah-celah inti tadi....hihihi....

Bakar lagi.....dalam 30 minit pulak...suhu sama, 170 C

Ini lah hasilnya selepas keluar dari oven.....

Potong dan makan....saya makan sepotong je...7 lagi semua bagi kat murid sekolah...hahaha....tetiba diorang dapat makan yang ni.... 
Tapi....sedih sebab diorang kata ni pizza.......