Kebiasaannya Majlis Perpisahan berlaku di pertengahan tahun dan di hujung tahun, apabila guru-guru berpindah. Namun, pada kali ini berlaku pengecualian apabila beberapa orang guru berpindah pada awal tahun.
Antaranya adalah Ustaz Sahidan yang ditawarkan kenaikan pangkat ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Guru kedua adalah Puan Nurul 'Ain yang baru melangsungkan perkahwinan. Beliau diberikan 'hadiah' perpindahan ke Daerah Klang di mana kedudukan lebih dekat dengan suami beliau. Tahniah jua diucapkan.
Guru diarak dengan bunga manggar ke tapak perhimpunan.
P/S: bukan suami isteri, gimik majlis sahaja...hahaha
Ustaz Sahidan menerima hadiah dari murid-murid yang bersalaman buat kali terakhir.
Gambar guru-guru SKBK bersama guru yang diraikan. Semoga sukses (berjaya) di tempat baru.
Bergambar bersama guru-guru yang rapat. Yang lain bukan tak rapat, tapi busy mengendalikan murid dan majlis.
Di bawah pula adalah majlis perpisahan bagi Puan Sharifah atau lebih dikenali sebagai Teacher Sharifah. Beliau mendapat tawaran menjadi pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor sebagai pembimbing bagi guru English daerah.
Gimik majlis yang sangat gempak. Menaiki motosikal Virago milik Cikgu Hamka!!!
p/s: Nampak sangat Puan Sharifah ketakutan menaiki motosikal yang dibawa oleh seorang amatur....hehehe
Puan Sharifah bercakap mengenai murid yang sangat ditumpukan dan diharap berubah semakin baik.
Hadiah yang ingin diberikan sebagai tanda sayang kepada Puan Sharifah.
Bersalaman dengan murid-murid yang memberikan hadiah perpisahan.
Puan Sharifah dan anak murid kelasnya, 2 Dedikasi.
Guru-guru SKBK bergambar bersama Puan Sharifah yang diraikan.
Guru-guru Panitia English bersama teacher Sharifah.
Puan Sharifah bersama suami dan anaknya, bergambar dengan pentadbir sekolah.
SEMOGA SUKSES DI TEMPAT BARU.JANGAN LUPAKAN KAMI DI SINI
P/S:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment