Wednesday, 30 April 2014

Ikan Dory Bakar (Oven) : Cubaan Satu

Assalamualaikum,
Semalam, 29 April 2014, satu resipi baru telah saya cuba. Memandangkan selalunya saya hanya membakar ayam atau daging sahaja di dalam oven kesayangan, seorang rakan mencadangkan menu baharu. 
Ikan Dory.
Menu yang dicadangkan ialah Filet Dory Bersos Lemon. Namun, disebabkan kekangan masa dan perkara lain, saya mencuba ikan Dory bakar dengan perapan yang sama seperti dilakukan pada ayam dan daging. Hasilnya......
Memang sedap. Texture ikan Dory sangat lembut. "Melt in your mouth", amacam omputih selalu cakap.

Ikan Dory bakar (Oven)
Ini ikan Dory yang sedang "defrost". Memang bentuk macam ni masa beli kat Tesco. Bezanya cuma dah dikeluarkan dari plastik sahaja. 
RM6.99 untuk 700g.

1st step:
Potong sesuka hati sebab first time buat. Kepada yang nak buat lepas ni,sila potong besar supaya lebih puas apabila dimasukkan ke dalam mulut. Hihihi....

2nd step:
Potong bawang putih dan bawang besar secara dadu. Ikan Dory yang sudah dipotong pula ditaburkan dengan:-
1. Serbuk lada hitam
2. Mixed herb
3. Lada sulah
4. Kicap
5. Sos lada hitam

Tomato tu dipotong awal sebab dah alang-alang ada pisau dengan papan pemotong. Malas nak basuh banyak kali. Jangan marah ye....

Mula-mula ingat nak gaul dalam bekas ni aje...tapi sebab kecik sangat...maka..............

Jeng..jeng...jeng...

3rd step:
Dipindahkan ke dalam pinggan sebelum digaulkan semuanya. Saya campur sedikit olive oil masa gaul....xtau kenapa saya nak letak...jangan nak tanya pulak....


Ehhhhh....kenapa dalam bekas ni lagi?

4th step:
Jangan tergezut pulak. Dimasukkan semula sebab nak simpan. Takkan la saya nak makan 3 keping filet tu terus. Diet tetap diet. Kalori masuk kena kira....
Lagipun....kena la perap dalam fridge paling kurang pun 1 jam.....hahahaha

5th step:
Susun ikan Dory (yang dah dipotong terlebih kecil...menyesal pun ada) ke dalam tray yang dialas dengan kerajang aluminium (aluminium foil la tu).

Yang ni saja nak amik gambar dengan titik fokus kat ketulan Dory yang tengah tu. 

Ok...6th step pulak:
Tak dapat ditunjukkan sebab ni bakar je dalam oven:-
Suhu = 170C
Masa = 15 minit -alih- 15 minit lagi

Btw...masa lepas alih tu....saya masukkan tomato yang dihiris tu ke dalam oven....letak atas ikan Dory...saja nak "try" rasa tomato yang dibakar.
Last step?
Hidang dan makan la...apa lagi nak tunggu....(gambar sempat lagi nak ambil sblom makan)

Penilaian:
1. Ikan ni memang sedap.
2. Sos lemon akan lebih menyedapkan lagi.
3. Kalau nak letak sos, kena pastikan filet tu besar (maybe potong 2 or 3 je)
4. Tomato tu kalau letak dari awal pun ok (15 minit tak cukup untuk bakar tomato tu nampaknya)

Tuesday, 29 April 2014

Kursus Ketua Sekawan (Anjuran Pengakap Daerah Hulu Selangor)























Pelancaran Bulan Panitia Sains SKBK

Assalamualaikum, berikut gambar pelancaran Bulan Panitia Sains SKBK yang berlangsung sepanjang Mac 2014.
En Shahrin, Ketua Panitia Sains SKBK, memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang Bulan Panitia.

En Mahyuddin, GPK Pentadbiran SKBK, memotong riben bagi memaparkan 'banner' (bukan Bruce Banner, yang tu HULK) Bulan Panitia Sains.

'Banner' yang siap dibuka.

Bergambar bersama pentadbir.

Gimik pelancaran Bulan Panitia, pelancaran roket air.

Roket selamat dilancarkan. Memang gempak penerimaan oleh murid-murid.

Majlis Perpisahan Sepanjang Awal Tahun 2014

Kebiasaannya Majlis Perpisahan berlaku di pertengahan tahun dan di hujung tahun, apabila guru-guru berpindah. Namun, pada kali ini berlaku pengecualian apabila beberapa orang guru berpindah pada awal tahun.
Antaranya adalah Ustaz Sahidan yang ditawarkan kenaikan pangkat ke Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Guru kedua adalah Puan Nurul 'Ain yang baru melangsungkan perkahwinan. Beliau diberikan 'hadiah' perpindahan ke Daerah Klang di mana kedudukan lebih dekat dengan suami beliau. Tahniah jua diucapkan.

Guru diarak dengan bunga manggar ke tapak perhimpunan. 
P/S: bukan suami isteri, gimik majlis sahaja...hahaha

Ustaz Sahidan menerima hadiah dari murid-murid yang bersalaman buat kali terakhir.


Gambar guru-guru SKBK bersama guru yang diraikan. Semoga sukses (berjaya) di tempat baru.

Bergambar bersama guru-guru yang rapat. Yang lain bukan tak rapat, tapi busy mengendalikan murid dan majlis.

Di bawah pula adalah majlis perpisahan bagi Puan Sharifah atau lebih dikenali sebagai Teacher Sharifah. Beliau mendapat tawaran menjadi pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor sebagai pembimbing bagi guru English daerah.

Gimik majlis yang sangat gempak. Menaiki motosikal Virago milik Cikgu Hamka!!!
p/s: Nampak sangat Puan Sharifah ketakutan menaiki motosikal yang dibawa oleh seorang amatur....hehehe

Puan Sharifah bercakap mengenai murid yang sangat ditumpukan dan diharap berubah semakin baik.

Hadiah yang ingin diberikan sebagai tanda sayang kepada Puan Sharifah.

Bersalaman dengan murid-murid yang memberikan hadiah perpisahan.

Puan Sharifah dan anak murid kelasnya, 2 Dedikasi.

Guru-guru SKBK bergambar bersama Puan Sharifah yang diraikan.

Guru-guru Panitia English bersama teacher Sharifah.

Puan Sharifah bersama suami dan anaknya, bergambar dengan pentadbir sekolah.

SEMOGA SUKSES DI TEMPAT BARU.JANGAN LUPAKAN KAMI DI SINI


P/S:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.