Tuesday, 23 September 2014

Guru

Nak meluahkan rasa sikit. Kat sini... yg mungkin x de sape hirau.
Sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR beberapa mig lalu, aku sebenarnya rasa sedih. Tak tau kenapa... tp aku amat terasa dgn apa yg berlaku skrg.
Semuanya mengenai PROFESION PERGURUAN.
Aku yakin semua rakyat Malaysia setiap hari dihadapkan dgn berita di akhbar, televsion, radio dan tak cukup dengan itu... dgn hebahan berita melalu media lain spt WhatsApp, LINE, WeChat dll... semuanya menceritakan 2 lagi CIKGU di TANGKAP... 3 lagi CIKU di TANGKAP... ditujukkan di media polis mengheret guru ke hulu ke hilir dgn memakai baju cap PENJARA.
Persoalan:
HINAKAH CIKGU sehingga KAU perlakukan bergitu???
PERLUKAH KAU highlight kan di Media atas kesalah yg sebenarnya tidak mendatangkan apa2 keuntungan pun pd seorang GURU itu????
TIDAKKAH KAU rasa apa perasaan 500 ribu GURU yg lain???

Semua kesalahan dilemparkan kepada CIKGU.
Semua mempersoalkan kredibiliti seorang CIKGU.
Semua ckp "TAK ADA KEJA LAIN, SEBAB ITU PILIH JD CIKGU,
Semua ckp "CIKGU SENANG: GAJI BANYAK SIKIT.

TIDAKKAH KAU tau berterima kasih kpd CIKGU yg mencurahkan ilmu kpd seorang manusia yg jahil?
TIDAKKAH KAU nampak betapa hatinya REMUK di sebabkan tindakan MURID, IBUBAPA, PIHAK PENTADBIR, PIHAK ATASAN?
TIDAKKAH KAU tahu bagaimana DIA merawat hatinya setiap hari?

Siapa yg buat garis di padang sekolah guna minyak hitam? CIKGU
Siapa yg berjaga sampai tengah malam menanda buku? CIKGU
Siapa yg batalkan bercuti cuti sekolah sbb nak buat kelas tambahan? CIKGU
Siapa yg hantar budak sakit ke Hospital? CIKGU
Siapa yg latih budak sukan sampai 7 ptg? CIKGU
Siapa yg belanja budak makan dan minum? CIKGU
Siapa yg potostat bahan sendiri utk pelajar? CIKGU
Siapa yg tolong jelaskan bayar buku tambahan yg budak tak mampu bayar? CIKGU

SEMUANYA CIKGU...

Kerani... Driver... PAR pun dapat baju, seluar dan kasut percuma dari kerajaan...
tp cikgu??? Nak beli baju rumah sukan SENDIRI... Nak beli baju badan uniform SENDIRI... Nak beli seluar kerja SENDIRI... Nak beli kasut kerja SENDIRI...
CUTI SETAHUN PUN CUMA 7 HARI...

APA LAGI YG ANDA MAHU DARI GURU???

Yang MENDIDIK dari pagi hingga ke petang....
Sebenarnya CIKGU sanggup korbankan NYAWA utk semuannya...
Siapa yg MAMPU menjadi CIKGU???

Atas kesalahan yg kecil menjadi punca CIKGU di COP sbg SEORANG yang tidak BERINTEGRITI...
DI HEBAH DI MEDIA2 KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN GURU DITANGKAP!
ORANG YG DI ATAS YG DIHARAP MENJADI PENJAGA MARUAH GURU JUGA LANTANG MENYALAH DAN MENGHINA GURU...
ADA YANG MEMPERJUANGKAN HAK GURU???

apa yg tinggal pada GURU???

BAHAN HINAAN???
BAHAN CACIAN???
BAHAN MAKIAN???
BAHAN KETAWA???

Ingatlah... GURU itu PELITA...
Yang menyuluh dalam kegelapan...
Aku yakin dan pasti... walau sehebat mana pun anda, anda tidak mampu menjadi seorang GURU.

Copied from wassap.....

Thursday, 18 September 2014

Perbualan gila!!!

Mak : Lesen ! tolong beli santan !
Lesen : Lesen tgh main PSP la
mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli
santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong
beli santan !
Kad pengenalan : Kad
pengenalan tgh main facebook la
mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !
Dalam perjalanan, Gila ditahan
polis kerana memandu melebihi
had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia
tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu
mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main
facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal
keluarga saya ke ? Semua nama
adik beradik saya encik tahu.
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Ya..nama saya Gila..
Polis : @*@^^##%!! Tak Guna Punya Budak !!
Hahaha..
#Copypaste. 
hahahaha 

UPSR 2014....A HISTORY IN THE MAKING

Seriously....
Macam x faham kenapa guru dpersalahkan dalam hal ni.
Aku lagi la blur...
Dari pembuat soalan....penyimpan soalan....org kt bilik kebal....semua aku x kenal.....
Kerana nila setitik....abis susu sebelanga
Ni nila pun xtau mana datang....nak kata cikgu pun blom tentu lagi
Ntah ye ntah x....

Yang semua suratkhabar hentam...memang cikgu...
Sangat general statement diorang....bisa buat semua marah....
Hampehhhhhhhhh

Saturday, 6 September 2014

Mulut tempayan boleh ditutup...

Makan makan...

Mangga...mempelam....

Panduan memilih pasangan...

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula),dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik, dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula)"

Jadi, persiapkan diri sebagai wanita @ lelaki yang baik, in shaa Allah, pasangan yang kita dpt adalah yang baik.

Mcmn pun, kalau yg kita dpt tu nmpk mcm x baik....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Kadang2, takdir kita bukan yang soleh....sbb....hidup adalah ujian....

"Wahai orang orang yang beriman, sesungguhnya di antara pasanganmu dan anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati hatilah kamu terhadap mereka. Sesungguhnya hartamu dan anakmu, hanyalah ujian bagimu, dan di sisi Allah pahala yang besar."

Tidak ada ujian yang diturunkan terlampau berat untuk setiap hamba. Sentiasalah berdoa kepada Allah.

"Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang orang yang bertakwa."

Semoga menjadi panduan.

Thursday, 28 August 2014

Sajak A Samad Said

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.
Murid sekarang..YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Thursday, 17 July 2014

Peugeot 208....a disgrace on our religion?

Assalamualaikum,

Sekarang ni semua orang "busy" menyebarkan maklumat mengenai kejadian Peugeot 208. Semua yang berkaitan dengan kejadian itu didedahkan secara meluas.

Kebaikan?
1. Mengingatkan orang lain supaya berbudi bahasa.
2. Ada lagi ke?

Keburukan :
1. Menyebarkan aib orang lain,

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.

Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. 
copied from :bubblynotes.com

2. Uncle tu terang-terang dah cakap yang dia memaafkan perempuan tersebut. Dosa perempuan tu cuma dengan uncle tu je. itu dah "settle" bila uncle tu maafkan.
     Sekarang ni, dosa kita yang menyebarkan tu dengan siapa? Dengan perempuan tu kan! 
           a) Adakah kita diberikan kesempatan untuk meminta maaf dari dia?
           b) Adakah jika berkesempatan, dia akan memaafkan dosa kita pada dia?

      Jadi sekarang ni, siapa yang untung dan siapa yang rugi.

3. Kita bercakap berdentum-dentum. 
         "Peribadi tak macam orang Islam langsung!"
         "Ish, Islam kan suruh kita beradab dengan orang tua!"
         "Buat malu nama Islam je!"
         "Pakai tudung, tapi perangai....."

        Maaf kalau terlampau berterus terang, Islam bukan hanya mengajar kita bercakap sopan dengan orang tua. Bukan itu sahaja yang menjadi ajaran agama Islam. Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menyebarkan keburukan orang lain? Adakah peribadi kita cukup Islam dengan menjadi keyboard warrior?
Adakah peribadi kita cukup Islam dengan memalukan orang lain?

4. Teguran dalam Islam.
         Kita diajar untuk menegur dengan cara yang baik. Menegur jangan sampai menghina. Menegur bukan secara terang-terangan di hadapan orang lain. Menegur biar hanya pada yang bersalah. Perlu diingatkan bahawa kita bukan ketam, sampai nak menyuruh anak jalan lurus. Bukan nak cakap yang kalau perangai kita tak baik, buat apa tegur orang. Bukan! Bukan! Bukan itu maksudnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)

          Kewajipan pada kita untuk menegur apa yang tak betul. Cegah dengan cara yang diajar, guna tangan kalau boleh (bukan dengan tekan butang rakam kat telefon), guna mulut kalau boleh (bukan dengan mengumpat kesalahan orang), dengan hati kalau tak boleh sangat (bukan dengan menyimpan perasaan marah).
           a) Tangan : cegah semasa kejadian berlaku, tenangkan keadaan,leraikan.
           b) Mulut : nasihat seperti yang diajar oleh Islam, gunakan cara berhemah
           c) Hati : doakan kebaikan bagi orang yang terlibat, doa supaya dihindar dari sifat keji.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)

5. Don't make matters worse!
            If you really can't do anything to correct a person mistake, don't add fuel to the fire!

Mungkin niat kita baik, tapi cara yang kita gunakan salah. Ingat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA kita. 
            Apa pandangan orang bukan Islam pada kita selepas ini? Orang Islam tidak beradab? Mungkin. Tapi yang pastinya tidak berakhir di situ selepas disebarkan meluas.

Akhir sekali, jika ada yang tersilap dalam coretan ini, harap maaf. Tiada niat nak membela perempuan tu. Tak kenal pun dia. Yang pastinya, nak mengelakkan dari nama Islam semakin tercalar. Kalau cara saya salah, sila komen kat bawah.

Tuesday, 15 July 2014

Kejadian di hospital putrajaya....berhati2 semua.

Syukur alhamdulillah.. allah menyelamatkan sy dr jadi mangsa cabul ustaz celop..
Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.

Ustaz : sy ustaz din dari darul shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang sy boleh betulkan, ada air apa2 sy boleh bacakan dan sy boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yg soleh.

Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)

Ustaz: baring sekarang dan buka kain, sy nak urut perut

Sy: ha?? Terus baring tapi was2.. dan bangun balik, "maaf ustaz sy segan lelaki tengok perut sy"

Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, sy ustaz jgn risau, sy boleh baca2kan..(kepala sekejap2 toleh ke pintu masuk ward mcm takut org masuk)

Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka2 hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dr mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dgn was2.

Ustaz: kaki awk bengkak ni

Sy: eh eh.. suka2 engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi)
"Sy tak nak" kalau sy nak buka kain sy biar suami sy ada sebelah sy" kalau ustaz nak urut tggu suami sy ada sekali.

Ustaz: kalau macam tu ambil no fon sy dan minta no fon awk

Sy: sy tulis no fon suami

Ustaz: kepala toleh2 ke pintu masuk mcm ada yg tak kena dan tangan sekejap2 sapu anu dia.

Sy: sah dia ni tak betul.... suka2 hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dlm meadaan terkejut.

Nurse nak masuk dia terus keluar.

Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yg urut2 perut ppuan peknen ni? Sah!!!!!! Nurse dan doctor kata takde, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah sajaha bukan uztaz. Dan satu org pun tak kenal siapa ustaz yg menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk sy buat pengecaman.

Ya allah... nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak2 apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.

Kepada semua ibu2 mengandung atau wanita2 yg berada di ward dan hospital, sila berhati2. Jangan cepat percaya dgn orang yg anda tak kenal.

Allah menyelamatkan sy hari ini.
Jangan jadikan diri anda mangsa cabul.

Sila share info ini.

Madu, ubat segala penyakit.

MADU itu ubat segala penyakit..hehhee :-

1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan

2- Ada teman bersembang di petang2 hari

3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami

4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.

5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain b
oleh mai backup.

6- Ada teman main playsatition 3.

7- Anak-anak ramai, lebih meriah rumah.

8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.

9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.

10- Kalau suami kaki pukul, madu-madu boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu. Sesama bagi penerajang jet.

11- Setiap kali makan, boleh masak macam-macam. Ala Barat, ala Thai, ala Arab. sebut ja

ekekekekkee

Monday, 26 May 2014

Thomas and friend....Piala Thomas 2014

Assalamualaikum.
Perlawanan yang menarik malam tadi untuk pusingan akhir Piala Thomas. Pencapaian yang boleh dibanggakan bagi pasukan negar kita. Keputusan 3-2 dan perlawanan yang sengit memang memberikan kepuasan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Moga lebih sukses di masa hadapan. Dato LCW memang terbaik!!!

Perkhemahan : Merentas Halangan

Assalamualaikum.
Entri ketiga berkaitan perkhemahan. Selepas merentas hutan, makan tengahari dan solat zohor. Murid SKBK dikumpulkan untuk aktiviti yang menarik sekali lagi.

Penerangan aktiviti oleh ketua aktiviti, Cikgu Hasbi.

Menyusun dan mengundi kumpulan. Murid dikawal oleh Kem Komandan, Cikgu Afifuddin.
Halangan 1 : Meredah terowong berlumpur.....habis la kasut...

Halangan 2 : Merangkak kawat berduri...habis la baju....



Halangan 3 : Tunjuk cara oleh Cikgu Hasbi.

Terus sampai ke hujung untuk markah lebih tinggi.

Halangan 3 : bukan saiz badan yang menentukan kejayaan.

Halangan 3 : Bukan jantina yang menentukan kejayaan.

Halangan 3 : Kecil bukan halangan untuk kejayaan.

Halangan 4 : Kasut dah selesai...baju dah selesai....muka pula diwarnakan dengan tepung....

Halangan 4 : Selesai sesi "make-up"

Halangan 5 : Merentas sungai....gayut di tali....tapi....

Halangan 5 : Tali dipegang dan ditarik oleh rakan sekumpulan...

Perkhemahan : Jungle Tracking.

Assalamualaikum.
Entri kedua berkenaan perkhemahan 2014 SKBK. Merentas Hutan adalah aktiviti yang sangat mencabar dan menyeronokkan. Terutama bila dapat bergambar di dalam hutan. 

Mendengar penerangan sebelum bergerak merentas hutan.

Berbaris kerana perlu bergerak dalam satu baris.

Murid perempuan merentas sungai terlebih dahulu. Ladies first.

Murid lelaki merentas sungai.

Merentas sungai lagi.

Guru turut mengikut aktiviti bagi memberi keyakinan dan semangat kepada murid.

Posing for camera. Say cheese!!

Berbaris menunggu giliran memanjat cerun curam. Dibantu oleh guru-guru.

Guru-guru menghulurkan bantuan kepada murid perempuan.

Bergambar lagi...malu-malu sangat bebudak ni...

Bergambar itu memang kewajipan dalam perkhemahan.....

Bergambar lagi....sementara menunggu orang di depan meneruskan perjalanan.

Selfie itu penting.....kalau tidak...tuan punya kamera xde gambar sendiri...

Curamnya perjalanan turun...patut la lambat nak gerak tadi...

Curam pun curam lah....janji bergambar...

"Fokus la dekat sikit" katanya.

"Nak jugak, nak jugak!"

Fokus pada buah....gambar tumbuhan pun best jugak nak snap...

Titian usang...

Titian perjalanan...



Dah sampai kem? Kita mandi pula.....

Aksi yang tidak sesuai dibuat di perkhemahan. Harap jangan ditiru.

Aksi yang sangat tidak sesuai untuk ditiru.

Banner. Ehh...bukan Bruce Banner la....yang itu HULK....ini kain rentang perkhemahan.

Solat di atas rumput. Step paling penting? pastikan tiada sebarang najis di tempat yang dipilih.

Perkhemahan : Ikhtiar Hidup

Assalamualaikum...
Bertemu lagi di entri minggu ini. 
Pada 23 hb Mei hingga 25 hb Mei 2014, SK Batang Kali telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform bertempat di D'Tepian Resort, Ulu Yam, Selangor.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa perkhemahan berlangsung. Aktiviti Ikhtiar Hidup telah dijalankan pada pagi 24hb Mei dan dikendalikan oleh guru-guru SKBK. Berikut ialah gambar semasa aktiviti berlangsung.....

Kumpulan Cikgu Zuhaimi menghidupkan api untuk memasak.

Selepas api dihidupkan, Cikgu Zuhaimi masih lagi memberi arahan bagi memastikan masakan dapat dihasilkan dengan baik.

GPK HEM,Puan Siti Zanariah turut memberi tunjuk ajar kepada kumpulan murid.

Dua gadis yang memotong tomato dan timun.....berapa lama la baru nak siap!!

Nurin mengadun tepung untuk menjadikan doh.

Murid lelaki memasak. Memang boleh diharap kumpulan ini. Kerjasama yang baik.


Selepas siap memasak....kita makan dulu.....ehhh...tunggu kawan dulu ye.

Semua dah sampai? Kita makan dulu!!!