Hari : Rabu
Tarikh : 12 Februari 2014
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang.
Mesyuarat Agong Tahunan Pengakap Daerah Hulu Selangor telah dibuat di SMK Kuala Kubu Baru. Antara dapatan dari mesyuarat.
1. Pembayaran untuk pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya 12 Mac 2014.
2. Kursus untuk PKK ada dua sepanjang tahun. Yang paling awal akan dijalankan di SMK Syed Mashor pada Mac ini. Oleh kerana dekat, mungkin boleh hantar ramai untuk menyertai.
3. Salinan Sijil Pendaftaran Pengakap untuk SKBK telah dipohon. Bayaran RM10 telah dibuat kepada PLD Hulu Selangor.
4. Lencana dan sijil untuk murid boleh di'order' pada ahli PLD Hulu Selangor.
Itu sahaja yang dapat dilaporkan.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, 12 February 2014
Monday, 10 February 2014
Wedding kawan di Serdang
1 Februari. Jemputan kahwin rakan yang mengajar sama sekolah dipenuhi. Bukan kena jadi jurukamera pun, tapi saja nak ambil gambar. At least ada bukti aku datang majlis dia....ahahaha
Hmmm...makanan.....simple but delicious.
Sampai je terus buat peace....aduiii pengantin zaman sekarang.
Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Semoga berkekalan hingga ke Syurga.
Elok je dia bagi kad kahwin masa Januari, hujung Januari terus dapat surat pindah. Dekat dengan suami plk tu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kan....
Kellie's Castle
Selepas habis tour di Gua Tempurung, saya bergegas ke Kellie's Castle pulak. Kerja posing je kat sini, bukan ada apa sangat. Bangunan tak siap je....
Gaya tak boleh nak blah....konon American Football la...ahahha
Tiga beradik. Sorang baru abis SPM, sorang lagi baru kahwin je. Aku jugak yang single terlajak.
Kesimpulannya, tempat ni untuk orang datang bergambar je. Kalau bawak anak-anak kecil memang tak sesuai sebab tak ada tarikan langsung. Lagi diorang main tangga tu, lagi risau ibu bapa nanti. Yang mana ada anak-anak kecil tu, sila teruskan perjalanan ke Ipoh dan masuk ke Lost World of Tambun. He he he he
Gua Tempurung
Cuti hujung tahun 2013 dihabiskan dengan berjalan di negeri sendiri. Walaupun dah lama nampak tempat ni, dah umur 30 baru berkesempatan nak masuk. Kalau tengok dari gambar ni, nampak sangat kegemukan aku....ahhaha....
Ini harga tiket untuk masuk ke Gua Tempurung. Aku ambil Top of The World punya tour je. Dalam fikiran memang set akan datang semula untuk tour yang paling mencabar nanti. Maybe bila dah tak single nanti.
Posing depan laluan masuk. Perut membuncit di situ!!
Beaaaauuuuuttttiiiiiffffuuuullll scenery. Batu je...tu pun boleh jadi cantik. Such a simple thing that we didn't take note in everyday life, can become a wonder. (Walaupun beza jugak la antara batu biasa dengan batu kapur)
Panjat pagar semata-mata untuk bergambar di kawasan berbatu di tepi laluan. Well, rules are made to be broken, right?
Itu je yang sempat dibuat sebab tempat yang menjadi tujuan ada banyak lagi. Bergambar je yang lebihnya. Biasa la kan, apa guna DSLR kalau simpan je dalam beg.
Subscribe to:
Posts (Atom)